Oct 10, 2009

leo itu nama dan zodiak

and from now on, you can call me leo.

lokasi : au2, keramat, kl.
motif : jumpa si dia, ...opsss... kawan lama.

semalam secara sengaja, aku memang nak jumpa kawan lama. dan secara tak sengaja, aku terjumpa kawan baru.

ini cerita bermula setelah aku dan seorang kawan tidak tahu arah jalan ke au2, keramat. mm. dato' keramat? keramat? sama ke? kalau sama, fine. tak salah jalan. tapi, kalau lain? kalau ikutkan instruction mamat bangla cashier kat petronas tadi, memang tersesar pusing-pusing dato' keramat la jawabnya.

perlu diketahui, aku spesies orang yang tak suka mencari-cari arah jalan yang tak pasti.

aku memang sengaja berhenti di tepi jalan, tanya arah. kebetulan, dua orang lelaki ini mahu pulang ke rumah dan akan lalu keramat. macam percaya ini suatu kebetulan. macam tak percaya pun ada. whatever la, kami dah agak terlewat, so follow je la skuter ni kan, asalkan sampai. agak mencabar, dia tak reti pasang signal kalau nak masuk simpang. grrr~

at last, kami berempat sampai juga di au2, keramat walaupun ada juga tersalah masuk simpang, terpaksa u-turn semula. kami berhenti di sebuah bus stop dan di hadapan sebuah kilang yang dikatakan texas instrument. pelik tapi benar. tiada pun state itu kilang - texas instrument. kawan aku call kawan lama. instruction, dekat-dekat texas instrument, ada petronas.

tiba-tiba, ada seorang abang polis datang. abang? bolehlah kot, nampak macam muda.
"kenapa nih? awak nak ke mana?," abang polis.
"nak jumpa kawan, nak ke texas instrument, petronas."
"texas instrument ke petronas? kalau nak ke texas instrument, terus je ni, masuk simpang kiri, terus je. kalau nak ke petronas, masuk belah kanan selepas tiga simpang," abang polis.
"o, ok."
"ikut saya, saya tunjuk jalan. kebetulan saya perlu melapor diri di pejabat dekat dengan kilang texas instrument," pelawa abang polis.

mm. nak tak nak, kami pun follow je la motor abang polis. aku tak pasti, dari mana datangnya dua orang kawan abang polis, tiba-tiba ada kat sebelah kami. posisi : satu motor polis di depan, satu motor polis di sebelah, dan satu motor lagi di belakang. tapi, mana perginya dua orang mamat yang naik skuter, yang tunjuk jalan dari tepi jalan tadi? agak terkilan, sebab kami belum sempat berterima kasih dan mungkin, belum sempat bertukar nombor telefon.

kami betul-betul di hadapan main entrance kilang. kami berdua.
kawan aku call kawan lama. "bukan depan texas, tapi petronas. masuk simpang kanan, straight."
keluar simpang texas, menuju ke petronas. guess what, kami terjumpa itu skuter. secara sengaja, kami pun pelawa mereka lepak-lepak minum makan. setuju.

kawan lama tunggu di western .. apa entah .. ok, jumpa. dan, nampak kawan lama. kami duduk semeja. 6 orang. aku tak banyak cakap.

makan-makan. minum-minum. cakap-cakap dan pulang.
mereka berdua pun mahu pulang. sekali lagi, mereka tunjuk arah jalan balik. agak jauh.

sempat..., siapa kata tak sempat.
apa yang sempat?
nama dia lim. seorang lagi leon.
aku? leo. kawan aku? lion.
lim dan leon - maxis user.

u. sori i tak banyak cakap. thanks untuk yang tadi. kalau ada masa, kita jumpa lagi, ok?



9 terangsang:

ATIE 10.10.09  

k0 ni jumpa kawan baru ke kawan lame ni?

Cik Raidah 12.10.09  

:: `terataibungaindah~ :: dua2 atau 2 in 1.

aDam ra'Uf 12.10.09  

no komenn..ehee

Cik Raidah 13.10.09  

:: aDam ra'Uf :: aha. tu pon dh dikira komen. :)

Idzza_idzzaida 14.10.09  

so.... teruskanlah berkawan...

Cik Raidah 16.10.09  

:: kak iza :: berkawan biar seribu, berkasih belum tahu yg mana satu. tunguuu.. :D

feemitidee 18.10.09  

aku? leo. kawan aku? lion.

Haha. Creative. :P

Cik Raidah 20.10.09  
This comment has been removed by the author.
Cik Raidah 20.10.09  

:: ecah :: haha. kena tipu je itu org. kasihan.. :P

lebih masa? silakan

FB : Noor Raidah Tasmin
YM : ida_3007
Friendster
Myspace

bual-bual kosong

ktitikan dan saranan?

email ke: raidah[underscore]3007[at]yahoo[dot]com