Sep 30, 2009

katakan tidak pada jangan

walaupun perkara ini sudah lama berlaku, kira-kira 9 bulan yang lepas, tetapi ianya masih ada dalam memori aku yang tidak dapat dipastikan kapasitinya berapa bait.

aku sendiri mengakui, susah untuk menenangkan hati dan perasaan orang yang kehilangan orang yang tersayang atau tercinta.
jika aku berdepan dengan situasi tersebut, aku sendiri tak pasti apa kata-kata yang sesuai untuk diungkapkan ketika itu. cuma, kebiasaannya, aku lebih sedia mengatakan 'sabar, ini semua ujian Tuhan. tentu ada hikmah di sebaliknya'.
jika tidak pun, jika orang itu menangis, aku sesekali TIDAK akan mengatakan 'jangan menangis' atau 'dah, berhenti menangis'.
kerna menangis merupakan bahagian atau hak orang itu ketika mengalami situasi sedih.

semasa aku kehilangan orang yang tersayang pada 14.12.08, ramai kawan yang berekspresi.
perkara yang membuatkan aku bertambah sedih selain kehilangan ialah saat membaca sms daripada seseorang, mengatakan 'jangan menangis ye'.
aku minta maaf awal-awal. boleh tak kalau aku kata macam ini, 'kalau mak kau meninggal dunia, kau menangis tak?'.

p/s : terima kasih buat mereka yang memahami aku, terutamanya penguin dan pakcik itu yang sentiasa ada ketika aku berdepan dengan saat-saat getir.

aku bukanlah superman..aku juga bisa nangis..bila kekasih hatiku pergi meninggalkan aku..


ini gambar diambil ketika 1 Syawal 2008

3 terangsang:

aDam ra'Uf 2.10.09  

so touching...
Semoga roh Beliau ditmpt kn org yg beriman..aminn~

Cik Raidah 6.10.09  

:: aDAm ra'Uf :: mudah-mudahan. insyaAllah. i miss my parents so much. :(

Idzza_idzzaida 9.10.09  

Semoga Beliau ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman...
Akak juga terasa kehilangan dia...

lebih masa? silakan

FB : Noor Raidah Tasmin
YM : ida_3007
Friendster
Myspace

bual-bual kosong

ktitikan dan saranan?

email ke: raidah[underscore]3007[at]yahoo[dot]com