Sep 14, 2009

cita-cita tercapai

"weh, aku cam teringin nak pakai helmet ko."
aku bukannya takda helmet, tapi saja-saja cakap kat kawan aku.
dan dengan berduitnya, kami ke jln TAR naik JJB 5953.

tapi...
at last, aku dapat pakai jugak helmet kawan aku.
nak tahu sebab apa? sebab helmet aku kena curi.
siapa yang curi??? mestilah pencuri.
aku balik naik motor dan kawan aku balik naik LRT.


yeah!
akhirnya cita-cita aku tercapai jugak. aku dapat pakai helmet kawan aku.
terima kasih buat pencuri tu. kau telah membantu aku untuk mencapai cita-cita tersebut.
dan, kalau kau baca entri ini, silalah cakap sama-sama kat aku.
dan dengan secara percumanya, aku akan bagi kau hadiah. aku tak kuat mana pun.
tapi kalau setakat ketuk kepala kau guna kayu hoki, mende kecik je.
kayu softball pun ok jugak, sebab aku belum ada experience pukul kepala orang.
biasanya aku pukul bola je.


p/s:
abg aku boleh tanya.. balik pakai apa? pakai tembikai ke?
then aku jawab, masa tu takda tembikai. limau bali pun takda. kalau ada, aku dah pakai.
tiba-tiba teringat, mak aku pernah buat topi keledar dengan menggunakan kulit limau bali untuk aku.
siapa-siapa yang belum pernah mencuba, silakan. tapi, kalau kena tahan dengan polis, mestilah aku tak bertanggungjawab.

0 terangsang:

lebih masa? silakan

FB : Noor Raidah Tasmin
YM : ida_3007
Friendster
Myspace

bual-bual kosong

ktitikan dan saranan?

email ke: raidah[underscore]3007[at]yahoo[dot]com