Showing posts with label aset. Show all posts
Showing posts with label aset. Show all posts

Oct 18, 2009

kepada kau

jika aku tidak berperasaan itu, kau akan tahu.

aku tidak menyalahkan diri sendiri.
aku juga tidak menyalahkan diri orang lain.
cuma, aku ini seorang perempuan.
yang tahu menyimpan perasaan pada orang.
dan tidak tahu berterus-terang.

approve or reject?
kita hanya ada dua pilihan.

jika approve, maju ke hadapan.
jika reject, apa yang perlu dilakukan?
aku boleh lupakan, sedikit  masa diperlukan.

apa yang aku perlakukan, semuanya itu luahan perasaan.
sebab aku tidak tahu melalui perkataan.

aku ini seperti lalang.
cepat benar berubah.
hari ini aku suka pada kau, esok lusa aku boleh lupakan kau.

aku ini masih seseorang yang belum berkongsi dengan sesiapa.

Oct 10, 2009

leo itu nama dan zodiak

and from now on, you can call me leo.

lokasi : au2, keramat, kl.
motif : jumpa si dia, ...opsss... kawan lama.

semalam secara sengaja, aku memang nak jumpa kawan lama. dan secara tak sengaja, aku terjumpa kawan baru.

ini cerita bermula setelah aku dan seorang kawan tidak tahu arah jalan ke au2, keramat. mm. dato' keramat? keramat? sama ke? kalau sama, fine. tak salah jalan. tapi, kalau lain? kalau ikutkan instruction mamat bangla cashier kat petronas tadi, memang tersesar pusing-pusing dato' keramat la jawabnya.

perlu diketahui, aku spesies orang yang tak suka mencari-cari arah jalan yang tak pasti.

aku memang sengaja berhenti di tepi jalan, tanya arah. kebetulan, dua orang lelaki ini mahu pulang ke rumah dan akan lalu keramat. macam percaya ini suatu kebetulan. macam tak percaya pun ada. whatever la, kami dah agak terlewat, so follow je la skuter ni kan, asalkan sampai. agak mencabar, dia tak reti pasang signal kalau nak masuk simpang. grrr~

at last, kami berempat sampai juga di au2, keramat walaupun ada juga tersalah masuk simpang, terpaksa u-turn semula. kami berhenti di sebuah bus stop dan di hadapan sebuah kilang yang dikatakan texas instrument. pelik tapi benar. tiada pun state itu kilang - texas instrument. kawan aku call kawan lama. instruction, dekat-dekat texas instrument, ada petronas.

tiba-tiba, ada seorang abang polis datang. abang? bolehlah kot, nampak macam muda.
"kenapa nih? awak nak ke mana?," abang polis.
"nak jumpa kawan, nak ke texas instrument, petronas."
"texas instrument ke petronas? kalau nak ke texas instrument, terus je ni, masuk simpang kiri, terus je. kalau nak ke petronas, masuk belah kanan selepas tiga simpang," abang polis.
"o, ok."
"ikut saya, saya tunjuk jalan. kebetulan saya perlu melapor diri di pejabat dekat dengan kilang texas instrument," pelawa abang polis.

mm. nak tak nak, kami pun follow je la motor abang polis. aku tak pasti, dari mana datangnya dua orang kawan abang polis, tiba-tiba ada kat sebelah kami. posisi : satu motor polis di depan, satu motor polis di sebelah, dan satu motor lagi di belakang. tapi, mana perginya dua orang mamat yang naik skuter, yang tunjuk jalan dari tepi jalan tadi? agak terkilan, sebab kami belum sempat berterima kasih dan mungkin, belum sempat bertukar nombor telefon.

kami betul-betul di hadapan main entrance kilang. kami berdua.
kawan aku call kawan lama. "bukan depan texas, tapi petronas. masuk simpang kanan, straight."
keluar simpang texas, menuju ke petronas. guess what, kami terjumpa itu skuter. secara sengaja, kami pun pelawa mereka lepak-lepak minum makan. setuju.

kawan lama tunggu di western .. apa entah .. ok, jumpa. dan, nampak kawan lama. kami duduk semeja. 6 orang. aku tak banyak cakap.

makan-makan. minum-minum. cakap-cakap dan pulang.
mereka berdua pun mahu pulang. sekali lagi, mereka tunjuk arah jalan balik. agak jauh.

sempat..., siapa kata tak sempat.
apa yang sempat?
nama dia lim. seorang lagi leon.
aku? leo. kawan aku? lion.
lim dan leon - maxis user.

u. sori i tak banyak cakap. thanks untuk yang tadi. kalau ada masa, kita jumpa lagi, ok?



Sep 27, 2009

awang oh awang

awang itu hanya pandai berkata-kata.


assalamualaikum.
lenggok nada berbeza-beza, tanpa tahu apa maknanya.
kalau rajin, aku jawab salamnya. kalau tak rajin, sebaliknya.
bukan wajib, tidak berdosa.


bebel-bebel duduk luar.
siapa yang bebel? siapa yang patut duduk luar?
aku tak bebel. aku dah duduk luar.
awang yang bebel. awang yang patut duduk luar.



awang.
dulu masa mula-mula kau jejakkan kaki kat rumah, kau pilih kasih.
kau suka susuk tubuh berjantina lelaki, dewasa.
kanak-kanak sekolah kau buat tak endah.
kau gay? kasihan. kau tak tahu apa-apa.


awang kini lain.
suka berbicara, tidak kira siapa-siapa.
lelaki, perempuan, sama saja.
dewasa, kanak-kanak yang suka melayan, awang pun suka.


awang.
maaf sebab aku pergi rumah abang.
kau sorang-sorang, tanpa teman.
esok, insyaAllah kalau umur kita panjang, kita sambung berbicara tanpa faham.
tunggu. kita habiskan masa bersama sementara aku lunaskan tiket rm35.50.
aku pulang ke kl, kau masih di situ.


awang itu burung. kalau dia bukan burung, dia siapa?

Sep 16, 2009

menghampiri kosong

apakah makna syawal kali ini tanpa orang yang tersayang?

aku sendiri pun tak pasti.

sememangnya sukar untuk aku gambarkan perasaan aku di kala ini.
ini merupakan kali pertama aku beraya tanpa insan yang bergelar emak dan kali keempat tanpa insan yang bergelar abah.

senang cerita, aku pun tak pasti apa maknanya.

lebih masa? silakan

FB : Noor Raidah Tasmin
YM : ida_3007
Friendster
Myspace

bual-bual kosong

ktitikan dan saranan?

email ke: raidah[underscore]3007[at]yahoo[dot]com